Pada pos pos yang terdahulu, saya ada memberikan serba sedikit tips tips tentang permakanan dan cara melakukan senaman. Tetapi pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kesan sampingan yang di hadapi oleh anda semua jika anda mengambil susu protein secara berlebihan atau pun secara tidak terkawal. Seperti yang kita dapat lihat, pengambilan susu protein di dalam bina badan adalah penting kerana ia akan membantu sistem tubuh badan untuk cepat bertindak balas dan mengembangkan otot. Tetapi semua itu akan memberi kesan yang agak buruk jika anda tidak memahami sepenuhnya tentang cara penggunaannya. Di sini saya akan berkongsi tentang kesan sampingan susu protein dan berharap anda semua dapat mengelakkan nya daripada berlaku kepada diri anda sendiri.
Kesan kesan sampingan di atas pengambilan susu protein secara berlebihan boleh di bahagikan kepada tiga tahap iaitu kecil, sederhana, dan besar. Antara kesan kesan kecil yang akan di hadapi oleh tubuh badan jika pengambilan susu protein berlebihan atau tidak betul ialah masalah jerawat, kembung perut, dehidrasi, cirit birit, sakit kepala, loya, mudah berasa letih. Jerawat akan muncul di dalam liang roma bawah kulit kerana kesan pada hempedu dan menyebabkan hempedu gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Cirit birit juga akan berlaku jika susu yang di ambil tidak sesuai dengan tubuh badan.
Bagi kesan sederhana pula, anda mungkin akan mengalami masalah keguguran rambut dan penambahan berat badan secara berlebihan. Berat badan bertambah secara berlebihan kerana kurangnya senaman yang di lakukan oleh anda. Jika anda telah mengambil minuman susu protein, anda perlu kerap melakukan senaman kerana ia adalah salah satu cara yang penting untuk membakar semula lemak yang hadir di dalam tubuh badan. Lemak yang berlebihan amat berbahaya untuk jantung, kerana ia boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat.
Bagi kesan besar pula, ia boleh menyebabkan kesan yang buruk terhadap buah pinggang. Ini adalah kesan yang paling buruk jika seseorang gagal mengawal pengambilan susu protein dengan cara betul. Jika kesan ini berlaku, anda di sarankan untuk berhenti mengambilnya dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Badan Sihat |
Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada buah pinggang. Kelenjar adrenal yang terjejas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat eletrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat di kawal oleh kelenjar adrenal.. Masalah daripada kelenjar akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan sexual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyarat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.
Oleh itu, nasihat saya. Bagi mereka yang masih baru atau ingin mula mengambil susu protein, harap anda mendapatkan maklumat daripada yang lebih pakar terlebih dahulu agar perkara ini tidak membebani anda.
Tq 4 info bro. ! Sgt bermanafaat.. 👍👍👍
ReplyDeleteSaya ingin bertanya sy bru beli dan amal kan minum pagi dan malam, masalah nya perut sy menjadi tidak selesa dan sering buang air besar disamping itu seleoas minum badan sy akan menjadi panas,adakah disebabkan protien yg sy ambil tu tidak sesuai atau peringkat permulaan sahaja jadi begitu?kalau sy teruskan boleh tak?sebab sy beli protien tu amat lah mahal dan sy mahu habiskan,boleh ke tuan kalau sy buat begitu
ReplyDeleteMajoriti kalau sakit perut atau cirit birit itu kerana protein mass yang di ambil tidak sesuai dengan badan , tapi tak semua org , kemungkinan itu hanya effect permulaan , cuba awak komsumi protein tu dalam 2 atau 3 hari lagi , kalau terjadi benda sama maka awak kene tukar selera flavour protein yang lain. Maaf jika saya salah tapi itu ada pengalaman dan pendapat saya :)
DeleteLactose tu
DeleteMajoriti kalau sakit perut atau cirit birit itu kerana protein mass yang di ambil tidak sesuai dengan badan , tapi tak semua org , kemungkinan itu hanya effect permulaan , cuba awak komsumi protein tu dalam 2 atau 3 hari lagi , kalau terjadi benda sama maka awak kene tukar selera flavour protein yang lain. Maaf jika saya salah tapi itu ada pengalaman dan pendapat saya :)
ReplyDeleteMajoriti kalau sakit perut atau cirit birit itu kerana protein mass yang di ambil tidak sesuai dengan badan , tapi tak semua org , kemungkinan itu hanya effect permulaan , cuba awak komsumi protein tu dalam 2 atau 3 hari lagi , kalau terjadi benda sama maka awak kene tukar selera flavour protein yang lain. Maaf jika saya salah tapi itu ada pengalaman dan pendapat saya :)
ReplyDeletenasib baik tak beli
ReplyDeleteSy ingin bertanya.. Kalau kerap kencing tu mcmmne plak ye?
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap kali lepas saya minum protein mass/ whey.. saya memang akan kuat buang air kecil, itu normal.. tapi nasihat saya, kita sebagai orang yang mengambil protein supplement digalakkan untuk pergi buat kidney test. Melalui pemeriksaan tersebut tuan boleh tahu tahap kesihatan kidney tuan. Pengambilan protien yang terlalu banyak boleh memberi kesan terhadap buah pinggang. Harap post ini membantu tuan. Terima kasih
ReplyDeleteAdalah pengambilan protein whey menyebabkan peluh berbau ?
ReplyDeleteKalau kluar jerawat dkt bdn mcm mna? Dekat lengan biasanya
ReplyDeleteApo
ReplyDeleteHi, klu sy nak tambah berat badan dan naikkn otot bole x sy ambil mass gainer. Sy x pergi gym just buat workout sikit2 dirumah shj..
ReplyDeleteMass gainer ni minum rasa manis sgt ..serbuk mass gainer melekat getahnya..ok ke minum hari2..klu kencing manis...lps minum kerap sgt nk terkencing kencing ja
ReplyDeleteMinum untuk hari kita workout atau hari yang kita aktif tidak menjadi masalah,sebab semua gula yang kita minum tu akan bertukar jadi tenaga.
Delete