Pada kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit tentang jenis produk yang boleh di ambil dan cara pengambilan nya. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh di ambil untuk menyokong tubuh membina otot otot. Otot yang di bina memerlukan vitamin vitamin yang sihat supaya kesakitan yang di alami dapat disembuhkan. Seperti yang di tunjukkan di gambar di atas, ia adalah salah satu produk yang sering di ambil ahli bina badan dan juga amat sesuai bagi mereka yang masih baru di dalam dunia membina badan. Produk di atas sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan. produk ini mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Kandungan kalori yang tinggi di dalam produk ini adalah untuk meningkat berat badan dan protein pula membantu di dalam perkembangan otot. apabila otot berkembang, kadar lemak di dalam badan dapat di kurangkan dan jika ianya berlaku, ia menunjukkan perkembangan yang positif buat mereka mengambil produk ini. Produk ini biasanya di ambil dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga selepas "workout" atau di dalam erti kata lain selepas senaman berat di lakukan. Produk ini adalah berbentuk serbuk dan ia perlu di ambil sebanyak dua "scoop"
dan di campur dengan air masak. saiz "scoop" adalah seperti yang di tunjukkan di dalam gambar di bawah.
Setiap kali pembelian produk ini, ia akan disertakan dengan arahan dan cara pengambilan di bahagian belakang paket produk ini. Produk ini juga kebiasaanya akan habis di dalam tempoh 30 hari jika pengambilannya adalah betul dan mengikut cara yang tepat. Harap ini dapat membantu mereka yang mengambil dan menggunakan produk ini.

No comments:
Post a Comment