Assalamualaikum.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang latihan yang sesuai untuk orang yang baru menceburi dunia bina badan. Perkara yang paling penting sebelum anda mendapat bentuk tubuh badan yang anda idamkan adalah kesabaran dan kerja keras yang berterusan. Ini adalah kerana, otot otot yang terbina adalah hasil daripada kerja keras yang ditunjukkan. Keajaiban tak akan berlaku sekelip mata dan jangan mengharapkan yang anda mampu mendapat tubuh yang ideal di dalam tempoh yang singkat. Jika cara permakanan dan rehat yang diperlukan telah cukup, Hasil dapat dilihat di dalam anggaran tempoh masa 3-6 bulan.
Pada bulan pertama, apa yang penting bagi seseorang yang baru menceburi budang ini perlu belajar teknik latihan bina badan yang betul kerana ia boleh membahayakan tubuh badan seseorang jika ianya dilakukan dengan cara yang salah. Latihan akan nampak lebih kemas jika anda telah mampu mendapatkan "Main exercise" yang mana bermaksud senaman yang utama, Sebagai orang baru, anda boleh membuat latihan dengan lebih kerap berbanding dengan mereka yang telah lama dalam bidang ini. Kecederaan dan kerosakan otot di dalam melakukan latihan senaman adalah perkara biasa kerana bagi orang baru, otot otot yang tercedera hanya memerlukan tempoh masa yang singkat untuk kembali sembuh kerana kesan koyakan masih baru. Selain itu, tempoh rehat dan tidur juga amatlah penting kerana otot otot akan sepenuhnya berehat dan berkembang ketika sedang tidur.
Dari segi jadual, saya menggalakkan anda semua yang baru bermula menggandakan latihan untuk setiap otot dalam masa seminggu, Bermaksud saya galakkan anda memecahkan latihan badan setiap dua hari. Contoh, misalnya latihan di buat pada hari isnin dan selasa, hari rabu adalah hari rehat dan di sambung pula pada hari khamis dan jumaat. Ini bermakna latihan berat ini di lakukan sebanyak 4 kali semingggu dan waktu untuk berehat selama 3 hari.
Selain itu, kebanyakkan latihan yang menggunakan dumbell agak susah sebenarnya kerana ia sukar bagi anda yang masih baru untuk target otot mana yang perlu di tumpukan. Nasihat saya agar anda semua mula dengan yang ringan dahulu yang anda mampu mengulanginya 10-20 kali. Apabila stamina anda telah meningkat, anda boleh menambahkan beban yang ada dan ia mungkin akan menjadi lebih mencabar dan lebih sukar. Bagi anda yang masih baru, anggota otot yang boleh di latih dengan lebih kerap adalah abs iaitu kawasan perut, Biceps, Tricep, dan kawasan Dada (Chest). Setelah anda semua biasa dengan melatih kawasan otot ini, latihan boleh berpindah dengan melatih kawasan otot kaki pula. Kawasan otot kaki merupakan juga salah satu kawasan otot yang sukar untuk di latih dan ia juga boleh mendatangkan banyak kecederaan kepada anda yang melakukannya.
Badan Besi |
Jika senaman yang di lakukan ini dapat di teruskan di dalam masa 6 bulan. Perubahan pada otot tubuh badan dapat di lihat dengan jelas. Ini semestinya akan memberikan semangat untuk anda semua untuk terus berusaha mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Gambar di atas menunjukkan perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan salah seorang daripada kawan saya setelah mengamalkan cara permakanan dan senaman yang betul serta berkesan. kalau dia mampu anda juga pasti mampu.
Badan Sihat |
Gambar di atas menunjukkan perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan salah seorang daripada kawan saya setelah mengamalkan cara permakanan dan senaman yang betul serta berkesan. kalau dia mampu anda juga pasti mampu.
No comments:
Post a Comment