Monday, 3 October 2016

Kesan Sampingan Pengambilan Susu Protein!

Assalamualaikum.

Pada pos pos yang terdahulu, saya ada memberikan serba sedikit tips tips tentang permakanan dan cara melakukan senaman. Tetapi pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kesan sampingan yang di hadapi oleh anda semua jika anda mengambil susu protein secara berlebihan atau pun secara tidak terkawal. Seperti yang kita dapat lihat, pengambilan susu protein di dalam bina badan adalah penting kerana ia akan membantu sistem tubuh badan untuk cepat bertindak balas dan mengembangkan otot. Tetapi semua itu akan memberi kesan yang agak buruk jika anda tidak memahami sepenuhnya tentang cara penggunaannya. Di sini saya akan berkongsi tentang kesan sampingan susu protein dan berharap anda semua dapat mengelakkan nya daripada berlaku kepada diri anda sendiri.

Kesan kesan sampingan di atas pengambilan susu protein secara berlebihan boleh di bahagikan kepada tiga tahap iaitu kecil, sederhana, dan besar. Antara kesan kesan kecil yang akan di hadapi oleh tubuh badan jika pengambilan susu protein berlebihan atau tidak betul ialah masalah jerawat, kembung perut, dehidrasi, cirit birit, sakit kepala, loya, mudah berasa letih. Jerawat akan muncul di dalam liang roma bawah kulit kerana kesan pada hempedu dan menyebabkan hempedu gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Cirit birit juga akan berlaku jika susu yang di ambil tidak sesuai dengan tubuh badan.

Bagi kesan sederhana pula, anda mungkin akan mengalami masalah keguguran rambut dan penambahan berat badan secara berlebihan. Berat badan bertambah secara berlebihan kerana kurangnya senaman yang di lakukan oleh anda. Jika anda telah mengambil minuman susu protein, anda perlu kerap melakukan senaman kerana ia adalah salah satu cara yang penting untuk membakar semula lemak yang hadir di dalam tubuh badan. Lemak yang berlebihan amat berbahaya untuk jantung, kerana ia boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat.

Bagi kesan besar pula, ia boleh menyebabkan kesan yang buruk terhadap buah pinggang. Ini adalah kesan yang paling buruk jika seseorang gagal mengawal pengambilan susu protein dengan cara betul. Jika kesan ini berlaku, anda di sarankan untuk berhenti mengambilnya dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Badan Sihat
Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada buah pinggang. Kelenjar adrenal yang terjejas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat eletrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat di kawal oleh kelenjar adrenal.. Masalah daripada kelenjar akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan sexual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyarat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas. 

Oleh itu, nasihat saya. Bagi mereka yang masih baru atau ingin mula mengambil susu protein, harap anda mendapatkan maklumat daripada yang lebih pakar terlebih dahulu agar perkara ini tidak membebani anda.

Idola Bina Badan!

Assalamualaikum.
Beralih kepada pos pada kali ini, saya akan salah satu idola saya di dalam sukan bina badan ini. Beliau merupakan salah seorang ahli bina badan yang terkenal di Malaysia malah beliau juga di kenali di seluruh Dunia. Orang yang saya maksudkan adalah Sazali Samad.

Badan Sihat
Datuk Sazali Abdul Samad adalah merupakan Bina badan malaysia. Beliau di lahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau sudah berkecimpung di dalam sukan bina badan sejak beliau berumur 25 tahun dan selalu melakukan latihan mengangkat berat di pusat latihan bina badan Polis Diraja Malayia di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan juga di gimnasium Taman Tasik Titiwangsa. Beliau telah berjaya mewakili Malaysia buat kali pertamanya di Sukan Asia 2006 di Doha, qatar. Rekod yang paling membanggakan ialah, beliau telah memenangi anugerah Mr.Universe sebanyak 10 kali sepanjang penglibatannya di dalam sukan ini. Antara kejuaraan yang telah beliau rangkul ialah,

- Juara kategori bantamweight pertandingan bina badan amateur asia
- Juara bina badan kategori bantamweight Sukan Sea di Jakarta Indonesia.
- Juara kategori bantamweight pertandingan bina badan amateur asia (1998).
- Juara Kategori Bantamweight Pertandingan bina badan amateur asia (1999)
- Juara kategori bantamweight pertandingan bina badan amateur asia (2000).
- Juara Mr Universe pertandingan bina badan amateur dunia kategori Bantamweight (65kg), di melaka(2000)
- Juara kategori bantamweight pertandingan bina badan amateur asia(2004)
- Juara Mr Universe pertandingan bina badan amateru dunia, kategori bantamweigh (65kg) di moscow, Russin(2004)
- Juara pertandingan bina badan amateur dunia bantamweight (65kg), di republik czech(2006).
- Juara Mr Universe kejohanan binan badan amateur dunia ke 61 kategori lighweight, di jeju, Korea Selatan.

Kejayaan kejayaan yang telah di rangkul oleh Datuk Sazali Samad ini telah menunjukkan bahawa keupayaan dan bakat beliau di dalam sukan bina badan ini tidak boleh disangkal lagi. Jika di tanay beliau sendiri, apakah yang membuatkan beliau berjaya di dalam bidang ini adalah kerana kegigihan dan disiplin beliau untuk membuat latihan pada setiap hari. Selain itu, beliau juga amat disiplin tentang soal permakanan dan rehat. Ini kerana semua aspek ini menjadi faktor utama untuk membina badan dengan betul dan mengurangkan kecederaan yang di hadapi oleh tubuh.

Harap dengan kejayaan yang telah di rangkul oleh Datuk Sazali ini dapat membakar semangat bagi semua yang ingin menceburi dalam bidang ini, serta nasihat beliau agar anda semua tidak mudah berputus asa untuk berusaha di dalam mencapai setiap impian yang di idamkan. Kejayaan tak akan hadir atau datang tanpa usaha yang gigih.

Sunday, 2 October 2016

Aktiviti Senaman Dan Workout Yang Sesuai!

Assalamualaikum.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang latihan yang sesuai untuk orang yang baru menceburi dunia bina badan. Perkara yang paling penting sebelum anda mendapat bentuk tubuh badan yang anda idamkan adalah kesabaran dan kerja keras yang berterusan. Ini adalah kerana, otot otot yang terbina adalah hasil daripada kerja keras yang ditunjukkan. Keajaiban tak akan berlaku sekelip mata dan jangan mengharapkan yang anda mampu mendapat tubuh yang ideal di dalam tempoh yang singkat. Jika cara permakanan dan rehat yang diperlukan telah cukup, Hasil dapat dilihat di dalam anggaran tempoh masa 3-6 bulan.

Pada bulan pertama, apa yang penting bagi seseorang yang baru menceburi budang ini perlu belajar teknik latihan bina badan yang betul kerana ia boleh membahayakan tubuh badan seseorang jika ianya dilakukan dengan cara yang salah. Latihan akan nampak lebih kemas jika anda telah mampu mendapatkan "Main exercise" yang mana bermaksud senaman yang utama,  Sebagai orang baru, anda boleh membuat latihan dengan lebih kerap berbanding dengan mereka yang telah lama dalam bidang ini. Kecederaan dan kerosakan otot di dalam melakukan latihan senaman adalah perkara biasa kerana bagi orang baru, otot otot yang tercedera hanya memerlukan tempoh masa yang singkat untuk kembali sembuh kerana kesan koyakan masih baru. Selain itu, tempoh rehat dan tidur juga amatlah penting kerana otot otot akan sepenuhnya berehat dan berkembang ketika sedang tidur. 

Dari segi jadual, saya menggalakkan anda semua yang baru bermula menggandakan latihan untuk setiap otot dalam masa seminggu, Bermaksud  saya galakkan anda memecahkan latihan badan setiap dua hari. Contoh, misalnya latihan di buat pada hari isnin dan selasa, hari rabu adalah hari rehat dan di sambung pula pada hari khamis dan jumaat. Ini bermakna latihan  berat ini di lakukan sebanyak 4 kali semingggu dan waktu untuk berehat selama 3 hari.

Selain itu, kebanyakkan latihan yang menggunakan dumbell agak susah sebenarnya kerana ia sukar bagi anda yang masih baru untuk target otot mana yang perlu di tumpukan. Nasihat saya agar anda semua mula dengan yang ringan dahulu yang anda mampu mengulanginya 10-20 kali. Apabila stamina anda telah meningkat, anda boleh menambahkan beban yang ada dan ia mungkin akan menjadi lebih mencabar dan lebih sukar. Bagi anda yang masih baru, anggota otot yang boleh di latih dengan lebih kerap adalah abs iaitu kawasan perut, Biceps, Tricep, dan kawasan Dada (Chest). Setelah anda semua biasa dengan melatih kawasan otot ini, latihan boleh berpindah dengan melatih kawasan otot kaki pula. Kawasan otot kaki merupakan juga salah satu kawasan otot yang sukar untuk di latih dan ia juga boleh mendatangkan banyak kecederaan kepada anda yang melakukannya.
Badan Besi
Jika senaman yang di lakukan ini dapat di teruskan di dalam masa 6 bulan. Perubahan pada otot tubuh badan dapat di lihat dengan jelas. Ini semestinya akan memberikan semangat untuk anda semua untuk terus berusaha mengekalkan gaya hidup yang sihat.


Badan Sihat

Gambar di atas menunjukkan perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan salah seorang daripada kawan saya setelah mengamalkan cara permakanan dan senaman yang betul serta berkesan. kalau dia mampu anda juga pasti mampu. 

Tips Pemakanan Untuk Bina Badan

Badan Sihat
Pada pos kali ini, saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Cara atau Tips Permakanan yang perlu di ambil untuk membina badan. Hal ini juga kerana masih ramai tercari cari cara tips permakanan yang betul dan masih ramai yang salah di dalam cara pengambilan makanan. Cara membina badan bukan sahaja tertumpu pada berapa kilogram beban yang kita angkat sepenuhnya. Apabila seseorang itu telah banyak menghabiskan tenaga ketika mengangkat berat, badan akan menjadi letih dan jika permakanan yang di ambil tidak di ambil dengan betul, ia akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan. Sebagai cara untuk memudahkan semua pembaca faham tentang cara permakanan, Di sini saya ingin memberikan 5 tips permakanan yang boleh di ambil pada setiap hari,

1: Tambah kuantiti dan kadar pengambilan makanan.
 Pertama, jika anda adalah seorang yang sangat aktif di dalam bersukan atau seorang yang sering ke gym. Kuantiti makanan yang perlu di ambil mestilah banyak dan yang paling penting, makanan tersebut mestilah mengandungi kandungan kalori. Ini adalah kerana anda perlukan lebih banyak kalori untuk dibakar berbanding yang tidak aktif bersukan. Apabila seseorang yang aktif bersukan kurang mengambil permakanan yang betul, ia akan membuatkan tubuh badannya cepat letih dan ototnya akan sering mengalami kejang.

2: Susun Jadual Permakanan
Kedua, waktu makanan di ambil juga perlu disusun agar makanan yang di ambil mempunyai masa untuk hadam sepenuhnya di dalam badan. Makanan yang di ambil seeloknya di ambil 1 jam sebelum senaman atau aktiviti sukan di jalankan, Cara permakanan seperti ini dapat membekalkan tenaga yang secukupnya ketika aktiviti sukan di lakukan. Manakala, selepas aktiviti senaman telah selesai di lakukan, seseorang itu di galakkan mengambil semula makanan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Contoh makanan yang sesuai untuk di ambil setelah aktiviti senaman di lakukan adalah buah buahan. Ini kerana kandungan zat zat yang terdapat dalam buah buahan amat sesuai untuk menggantikan semula zat zat yang hilang ketika bersenam. Contoh buah buahan adalah pisang.

3: Tingkatkan Kadar Karbohidrat Dalam Makanan.
Kepentingan karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga dan stamina kepada tubuh badan. Untuk menyempurnakan senaman tersebut, sudah semestinya stamina yang tinggi di perlukan. Salah satu makanan yang mengandungi karbohidrat adalah adalah nasi, roti, dan kentang. Kebiasaannya, bagi mereka yang aktif dan selalu ke gym, di galakkan untuk mengambil roti bijiran kerana ia amat sesuai di dalam memberikan karbohidrat terhadap tubuh badan. Pengambilan karbohidrat adalah perlu sebelum dan selepas aktiviti senaman di lakukan.

4: Tingkatkan Sumber Protein Dalam Makanan.
Selain daripada karbohidrat, sumber vitamin yang paling penting untuk mengembangkan otot pada tubuh badan ialah Protein. Pengambilan Protein amat penting untuk membina otot kerana ia akan membantu tubuh badan merawat tisu tisu kecil yang terkoyak ketika senaman berat di lakukan. Antara contoh makanan protein yang amat sesuai untuk di ambil adalah Ikan, Ayam, dan Daging. Tetapi, makanan tersebut tidak boleh mengandungi minyak, erti kata lain ia tidak boleh di goreng. Ia hanya boleh di rebus, dibakar, atau di kukus. Tambahan pula pada masa kini, sumber protein juga boleh di dapati dengan mengambil protein shake yang juga lagi mudah di sediakan.
Badan Sihat

Seperti gambar yang di tunjuk di atas, anda juga boleh memilih perisa yang anda suka sebagai minuman protein anda. Perisa yang biasanya di ambil ialah coklat, vanilla, dan strawberi.

5: Pengambilan Buah Buahan dan sayur sayuran.
Akhir Sekali, bagi menyempurnakan tips permakanan ini. Sayur sayuran dan Buah buahan, adalah penting dan bagus untuk di ambil kerana ia membekalkan vitamin dan nutrien yang secukupnya.

Harap untuk pos pada kali ini dapat membuat anda semua lebih faham tentang kepentingan dan cara pengambilan makanan di dalam membentuk tubuh badan.
 Selamat Mencuba!

Jenis Produk Dan Cara Pengambilan


Pada kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit tentang jenis produk yang boleh di ambil dan cara pengambilan nya. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh di ambil untuk menyokong tubuh membina otot otot. Otot yang di bina memerlukan vitamin vitamin yang sihat supaya kesakitan yang di alami dapat disembuhkan. Seperti yang di tunjukkan di gambar di atas, ia adalah salah satu produk yang sering di ambil ahli bina badan dan juga amat sesuai bagi mereka yang masih baru di dalam dunia membina badan. Produk di atas sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan. produk ini mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Kandungan kalori yang tinggi di dalam produk ini adalah untuk meningkat berat badan dan protein pula membantu di dalam perkembangan otot. apabila otot berkembang, kadar lemak di dalam badan dapat di kurangkan dan jika ianya berlaku, ia menunjukkan perkembangan yang positif buat mereka mengambil produk ini. Produk ini biasanya di ambil dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga selepas "workout" atau di dalam erti kata lain selepas senaman berat di lakukan. Produk ini adalah berbentuk serbuk dan ia perlu di ambil sebanyak dua "scoop"

 dan di campur dengan air masak. saiz "scoop" adalah seperti yang di tunjukkan di dalam gambar di bawah.







 Setiap kali pembelian produk ini, ia akan disertakan dengan arahan dan cara pengambilan di bahagian belakang paket produk ini. Produk ini juga kebiasaanya akan habis di dalam tempoh 30 hari jika pengambilannya adalah betul dan mengikut cara yang tepat. Harap ini dapat membantu mereka yang mengambil dan menggunakan produk ini.


Saturday, 1 October 2016

Badan Sihat
Selamat datang datang ke Laman BadanBesi. Ribuan terima kasih kepada yang singgah di laman ini untuk membaca atau mendapatkan maklumat mengenai produk produk yang di perlukan untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan oleh semua jejaka. Selain daripada produk, seseorang yang ingin mendapat bentuk tubuh badan yang menarik perlu tahu tentang aktiviti senaman yang paling sesuai untuk dilakukan. Ia terdapat pelbagai jenis produk yang mampu membantu seseorang itu untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal, tetapi seseorang itu perlu tahu dengan lebih jelas mengenai kandungan yang terdapat di dalam produk itu bagi mengelakkan kesan sampingan yang buruk terhadap tubuh badan.